Beberapa angka tentang Ekonomi Malaysia: -
- 12 tahun berturut-turut belanjawan Malaysia di dalam keadaan defisit (belanja melebihi pendapatan-maknanya untuk berbelanja, kita perlu berhutang).
- 53.3% kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009. Sedangkan tahun 1998, hanya 35.1% sahaja.
- 10 tahun berturut-turut tidak mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. Ini bermakna, sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan tidak berjaya dicapai, walaupun adanya pertumbuhan, tapi below target.
- 4.5% purata pertumbuhan ekonomi 2001-2005, sasarannya adalah 7.5%.
- 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006- 2010, sasarannya adalah 6%.
- KDNK Malaysia lebih kecil berbanding Singapura sejak tahun 2009.
- RM325 billion wang Petronas diambil oleh kerajaan dari tahun 2007 hingga 2010. Petronas menyumbang purata RM81.25 billion.
Angka-angka ini mengingatkan kita betapa perlunya Malaysia ini diselamatkan dan kedudukan ekonomi negara boleh diubah kepada yang lebih baik.
Jom ubah!
No comments:
Post a Comment