Sunday, January 1, 2012

ANGIN PERUBAHAN SEDANG DITIUP OLEH ANAK MUDA

Anak muda adalah ejen perubahan, segala anjakan perubahan yg tercatat di dalam sejarah, anak mudalah ejennya.

Ambil saja revolusi muzik yang dipimpin oleh sekumpulan anak muda yang bergelar The Beatles. Mereka telah merevolusikan muzik yang dikenali sbg Pop British yang menjadi tunjang kepada beberapa genre muzik yang ada sekarang.

Pembukaan Konstatinopel oleh Sultan Muhammad Al Fateh yang sesetengah riwayat menyatakan baginda berusia 21 tahun, ada setengah pandangan, 18 tahun. Tetapi yang pasti ianya dipimpin juga oleh anak muda.

Terkini, peristiwa Arab Spring, semuanya didominasi oleh anak muda yang dahagakan angin perubahan (Wind of Change)......

AYUH ANAK MUDA, berhentilah dari dilalaikan oleh hedonisme dan dakyah pengecut penguasa yang sedang nazak. Lakukan perubahan! Hanya pemuda yg pemberani sahaja yg mampu melakukan! Anda pilihlah samada mahu jadi sang pemberani, atau tukang angguk sahaja! 
Bebaskan fikiran mu hai anak muda! Jangan menjadi pak turut, atau tukang angguk mana-mana pihak, samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Anda ada hak untuk membuat penilaian dan pandangan sendiri, anak muda bukanlah alat dan perkakas mana-mana pihak. Biarkan kerja-kerja pencacai dan barua itu dipikul oleh orang lain, yang bukan geng kita, anak muda. Biarkan mereka menukar pendirian seumpama menukar lampin. Anak muda tetap ampuh menyatakan kebenaran dan menyanggah kezaliman.
Sudah sampai masanya anak muda bangkit, jadikan Arab Spring sebagai Asia Spring pula. Ayuh, mulakan tarian revolusi, gendang revolusi telah dipalu di UPSI. Penguasa zalim telah menggerakkan suruhan mereka, persis di Mesir setahun yang lalu.
2011, tahun kebangkitan anak muda Arab, kita jadikan 2012, tahun kebangkitan anak muda dari Asia. Kita rebahkan kezaliman, bermula dengan PRU13, kita ubah. Jika gagal, kita ikhtiar cara lain.
JOM UBAH!

1 comment:

  1. kita anak muda bkn utk melupakan apa yg umno telah lakukan selama 50 tahun ini..kita anak muda mahu menegakkan semula agama islam di negara ini..ya benar,umno dulu amat bgus dan berjiwa rakyat..tapi umno skrg bukan seperti umno yg dulu..anak muda mengenang jasa-jasa umno yang dulu..tapi anak muda sekarang tidak akan berjuang bersama umno lagi kerana perjuangan umno skrg hanya pada bangsa bukan pada agama islam..BANGUNLAH ANAK MUDA..BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA..KITA BUANG UMNO DAN KITA GANTI DENGAN PEMERINTAHAN YANG LEBIH SEMPURNA UNTUK AGAMA ISLAM YANG TERCINTA...

    ReplyDelete