Saturday, December 31, 2011

PELITA - Tribute To Comrade Adam Adli and friends!

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapanku hancur
Sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi
Setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi
Takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapanku hancur
Sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi  jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapanku hancur
Sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita

2012 - Tahun Kebangkitan Anak Muda!

Hari ni hari pertama 2012, tahun lepas, banyak peristiwa menarik melibatkan anak-anak muda. Antaranya: -

  • Himpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 yang didominasi oleh anak muda yang rata-rata awal 20an. Bersih ni bukan pasal kita nak sokong Ambeega atau Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat. Bersih ni sebab kita dah muak dengan cara manipulasi pilihanraya yang semakin dah tak reti nak cover line lagi. Anak-anak muda sanggup menyokong tuntutan Bersih ni sebab kita nakkan pembaharuan sistem, itu je.
  • Penyerahan memorandum oleh student di PWTC kepada Timb Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada 17 Disember 2011, yang membawa kepada penurunan bendera Datuk Seri Najib Razak oleh saudara Adam Adli. Yang penting, bukannya peristiwa penurunan bendera, tetapi tuntutan student yang mahukan AUKU dimansuhkan terus, serta membebaskan ahli akademik dan student dari belenggu Akta Drakonian ini. Dijangka hari ini akan diadakan satu demonstrasi di UPSI sebagai menunjukkan solidariti student terhadap saudara Adam Adli. 













Ada beberapa peristiwa lagi yang melibatkan anak muda, tetapi yang paling ketara dua peristiwa inilah dalam konteks negara kita. Jika dihitung yang lain, kebangkitan rakyat Mesir yang dipimpin oleh anak muda, Tunisia, Libya dan kini yang sedang bergolak, di Syria. Semuanya didominasi oleh anak muda. 

Apakah 2012 akan menyaksikan kebangkitan anak muda Malaysia yang lebih hebat? Apa pun semoga kebathilan akan tumbang jua akhirnya selaras dengan kebangkitan anak muda yang juga dikenali sebagai the young angry men!!!
JOM UBAH!!!