Tuesday, December 27, 2011

Angka-angka Makroekonomi

Hari ni nak kongsi perkara ilmiah dan fakta sikit. Orang muda canggih mesti tau fakta-fakta ni. Sebab inilah beberapa fakta tentang negara kita, Malaysia.

Beberapa angka tentang Ekonomi Malaysia: -
  • 12 tahun berturut-turut belanjawan Malaysia di dalam keadaan defisit (belanja melebihi pendapatan-maknanya untuk berbelanja, kita perlu berhutang).
  • 53.3% kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009. Sedangkan tahun 1998, hanya 35.1% sahaja.
  • 10 tahun berturut-turut tidak mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. Ini bermakna, sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan tidak berjaya dicapai, walaupun adanya pertumbuhan, tapi below target.
  • 4.5% purata pertumbuhan ekonomi 2001-2005, sasarannya adalah 7.5%.
  • 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006- 2010, sasarannya adalah 6%.
  • KDNK Malaysia lebih kecil berbanding Singapura sejak tahun 2009.
  • RM325 billion wang Petronas diambil oleh kerajaan dari tahun 2007 hingga 2010. Petronas menyumbang purata RM81.25 billion.
Ingat angka-angka ini, sumbernya adalah dari Parlimen Malaysia, boleh didapati di dalam Hansard pembentangan Belanjawan Negara.

Angka-angka ini mengingatkan kita betapa perlunya Malaysia ini diselamatkan dan kedudukan ekonomi negara boleh diubah kepada yang lebih baik.


Jom ubah!

No comments:

Post a Comment