Sunday, December 4, 2011

Babai Olskool Politician

  1. 4, 5 hari kebelakangan ni, kita lihat di media-media utama tersiar cerita-cerita pejuang-pejuang bangsa yang berdegar-degar nak bela melayu. Inilah senario saban tahun bila diorang ni berkumpul. Penuh dengan pantun, gurindam, syair, maki hamun dan puji-memuji ketua mereka.
  2. Kita yang tengok ni, tak taulah nak kata muak ke macammana. Dah tiap-tiap tahun kita tengokkan, cakap meletup-letup, bunyi cam poyo je. Cam diorang je sayangkan negara. Orang lain semua tak betul.
  3. Geng-geng tua ni, kalau selisih dengan kita, bebudak muda ni, bukan diorang pedulik pun. Kalau kita cakap, semuanya tak betul, diorang je yang betul, padahal kebanyakan mereka tu, dah expired dah, olskool semua tu. Tak habis-habis nak bagitau kita, diorang makan garam banyak dah. Apa ada hal, setakat garam je.....
  4. Kekadang tu memang rasa geram gak, kalau tak fikir kena hormat pada yang lebih berusia, rasa cam nak lempang je, cakap merapu-rapu, tak padan tua. Ada ka pi maki orang lain macam-macam. Patutnya dalam suasana mesyuarat agong camtu, kita sebagai anak2 muda ni nak tau jugaklah apa yang diorang ni sediakan untuk kita, apa agenda diorang utk rakyat, terutamanya bebudak muda cam kita nih. Ni pergi kutuk-kutuk negeri-negeri Pakatan nak wat per?
  5. Kita nak tengok satu wajah baru atas nama transformasi yang diwar-warkan PM Najib ari tu, bukan style lama bercakap, tak habis-habis nak kutuk-kutuk orang. Kalau tak tau nak gariskan agenda, bagi je kat kami bebudak muda, korang dok belakang tengok je camner kami buat kerja.
  6. Kami tak mainlah kutuk-kutuk dan maki-maki orang ni, ini semua politik stail lama, mentaliti zaman jurasik dulu. Dah 65 juta tahun pupus dah. So, sekarang ni bebudak muda baik kelebet Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat, ada gak cerita2 baru dalam tu.
  7. Kalau tengok buku jingga tu, kurang-kurangnya nampaklah apa Pakatan Rakyat nak wat kalau diorang ni pegang Malaysia nanti, tapi kalau set2 PR ni mungkir janji, siaplah korang!
  8. Kami rasa, politik di Malaysia ni kena re-engineer laaa, tak mao lah lagi dok maki-hamun, burukkan orang. Kitorang cuma nak tau, apa yang korang (yang memerintah) tu plan, apa yang korang nak buat utk rakyat kebanyakan cam kami nih.
  9. So, semua politician yang kebetulan lalu kat blog nih, cuba2lah pikirkan strategi baru berpolitik korang, sebab kami dah muak tengok cara olskool berpolitik dok marah-marah ke pihak lawan nih.

No comments:

Post a Comment