Monday, December 12, 2011

Aku, saham dan pentadbir



Negara
Syarikat
Ketua Eksekutif
Perdana Menteri
CEO / Pengarah Eksekutif
Pemilik
Rakyat (Pengundi)
Pemegang Saham
Kumpulan Pentadbir/Eksekutif
Jemaah Menteri Kabinet
Lembaga Pengarah
Pengurusan
Pegawai Sektor Awam
Pengurusan dan Pegawai Syarikat

Jadual di atas nak menerangkan siapa sebenarnya boss di dalam sesebuah sistem kenegaraan. Tujuannya tidak lain dan tak bukan, nak bagitau, bahawa rakyatlah yang sebenarnya membuat keputusan untuk melantik atau membuang ahli lembaga pengarah di dalam sebuah negara.

Jika di dalam sistem sebuah syarikat, terdapat satu mesyuarat agong pemegang saham yang akan memutuskan beberapa perkara, termasuklah melantik dan memilih ahli lembaga pengarah berserta CEOnya sekali. Suara pemegang saham ditentukan oleh jumlah saham yang dimilikinya di dalam syarikat berkenaan. Ringkasnya, semakin banyak milikan sahamnya, maka semakin besarlah jumlah undinya. Proses yang sama berlaku di dalam negara apabila mengadakan pilihanraya umum, iaitu untuk memilih sekumpulan pentadbir sebagai ahli lembaga pengarah. Cumanya, setiap orang pengundi hanya mempunyai satu suara yang sama, tanpa mengira status dan kedudukan di dalam masyarakat.

Di dalam dunia korporat, tugasan utama ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh CEO atau Pengarah Eksekutif adalah menjalankan urusan perniagaan bagi menjana keuntungan yang maksimum kepada pemegang saham. Maka, dalam konteks negara, tugasan yang hampir serupa dipikul oleh Jemaah Menteri Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri, cumanya ditambah dengan urusan pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Kedua-dua pihak, iaitu negara dan syarikat ini, pengurusannya dipikul oleh para pegawai yang tidak terlibat secara langsung dengan urusan politik di peringkat pentadbir. Maknanya, jika kumpulan pentadbir ini bertukar atau dipecat, ianya tidak ada kena-mengena secara langsung dengan pihak pengurusan dan para pegawai. Jika ada pun, mungkin tidak secara menyeluruh, dan tidak mempunyai impak secara langsung.

Kesimpulannya, sebagai pemegang saham, adakah kita sebagai rakyat tidak mempunyai kuasa memecat dan menggantikan kumpulan pentadbir ini, jika berlaku salahlaku yang jelas sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara baru-baru ini dan juga kisah-kisah lembu masuk kondominium? Adakah mereka yang kita letakkan di dalam kedudukan mereka hari ini, lebih berkuasa dari kuasa undi kita? Tak terfikirkah, mungkin ada orang yang lebih baik dan setidak-tidaknya belum tercemar sepertimana yang ada sekarang di takhta pentadbiran kerajaan.

Buatlah keputusan wahai pemegang saham sekelian. Anda mampu mengubahnya!

No comments:

Post a Comment